Bengkel Penggunaan Aplikasi Microsoft Power Point (Logo)

12 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Jun 2018, Pusat Internet PPR BT GONG mengadakan Bengkel Penggunaan Aplikasi Microsoft Power Point (Logo) (9 tahun -13 Tahun). Aktiviti ini bermula pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang dan telah disertai oleh komuniti setempat.Aktiviti ini bertujuan mengajar cara-cara untuk menyimpan gambar dan menyunting gambar menggunakan perisian Microsoft Power Point .Mendedahkan kepada peserta mengenai icon-icon yang dapat dimasukkan ke dalam hasil kerja yang mereka buat untuk menghasilkan logo yang lebih keratif dan cantik.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
• Melatih pelajar untuk memindahkan gambar dari internet ke dalam Ms Power Point dan menyimpan hasil kerja mereka dengan lebih sistematik.
• Memberi tunjuk ajar kepada pelajar bagaimana cara untuk memindahkan gambar dari internet ke dalam Ms Power Point. Pelajar juga diajar untuk menyunting gambar agar lebih tersusun dan menarik. Selain itu, pelajar juga sentiasa diingatkan untuk menyimpan hasil kerja ke dalam file sendiri bagi memudahkan mereka untuk membuat sebarang kemaskini

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
Mendedahkan kepada peserta tentang Klik Dengan Bijak melalui tayangan video Klik dengan Bijak dan Permainan Klik dengan Bijak.
Peserta diberikan masa dan secara individu untuk menjalankan latihan yang diarahkan petugas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali